“Berita Kepulangan Ainul Tidak Benar” Dr. Amalina Mohon Beri Ruang dan Hormati Privasi Keluarga Ainul

Dalam kekecohan dan pelbagai liputan berita yang tersebar tentang kepulangan adik Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan di London, Dr. Amalina Bakri memuat naik satu entri di Instagramnya.

“Ramai yang mengambil berat tentang keadaan adik Ainul, terutamanya selepas pembedahan baru-baru ini. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang mendoakan dan memberi ucap selamat,” tulis Amalina di dalam Bahasa Inggeris.

Namun begitu, Dr. Amalina turut memohon kepada semua agar dapat memberikan ruang serta menghormati privasi keluarga adik Ainul. Menurutnya lagi berita tentang kepulangan adik Ainul yang disiarkan adalah tidak benar.

“Ketika ini, dia masih lagi di dalam pemantauan pihak hospital dan akan pulang apabila sudah bersedia.

“Tolong jangan siarkan berita berdasarkan anggapan atau mendengarnya daripada pihak ketiga. Ada ketikanya ‘less is more’. Pihak perubatan di sini memohon kerjasama anda demi kebaikan Ainul,” tulis Amalina lagi.


Dr. Amalina juga memberitahu satu kenyataan rasmi akan dibuat apabila adik Ainul selamat tiba di Malaysia, serta memberitahu entri yang disiarkan di Instagramnya itu telah mendapat kebenaran ibu bapa Ainul.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di KLMENJERIT.GA

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*