“Happy 94th Birthday Tun” Versi Remake Standing In The Eyes Of The World Nyanyian Ella & Kanak-Kanak Khas Buat Tun M Ini Sungguh Sweet

Perdana Menteri kesayangan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke- 94 hari ini.

Dikenali sebagai pemimpin negara yang disegani di seluruh dunia, Tun Mahathir atau lebih mesra disapa Tun M juga merupakan seorang yang sangat sweet.

Rakyat Malaysia menggelarkan Tun M dan isteri kesayangannya, Tun Dr Siti Hasmah sebagai ‘Malaysia’s Amazing Couple’.

Selain Tun M, Tun Dr Siti Hasmah juga bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93 pada tanggal 12 Julai ini.

Bersempena dengan hari istimewa tersebut, Gempak ingin menghadiahkan remake khas lagu popular berjudul Standing In The Eyes of The World sebagai penghargaan buat Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.

Lebih indah lagi, lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, ratu rock negara, Ella bersama komposer, Datuk Wah Idris serta penyanyi cilik, Kashika, Umairah, El, Yoyo dan Adinda.

Menerusi muzik video itu juga, turut dirakamkan momen-momen manis dan gelagat comel Tun M bersama isterinya yang pasti membuatkan anda tersenyum.

Selain itu, Gempak juga menitipkan sisipan ucapan-ucapan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pasangan kesayangan negara ini.

 

Di sini, Gempak juga  ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat permata hati negara, Tun M & Tun Dr.Siti Hasmah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di KLMENJERIT.GA

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*