“Ada Menggelar Saya Ibu Yang B0doh” Gara-Gara Salah Sangka, Elvina Mohamad Terima Ugvtan

Pelakon cantik Datin Elvina Mohamad menegaskan dia tidak melakukan penderaan terhadap anak lelakinya, Karl Mateen yang baru berusia lapan bulan.

Menurut Elvina, tindakan mengikat tangan dan kaki anak lelakinya menggunakan pita pelekat perubatan itu hanya sekadar gurauan.

“Saya taklah bodoh sangat sampai nak dera anak saya. Benda itu dibuat hanya sekadar gurauan yang dilakukan oleh bapa saudaranya.

“Mereka ikat dan ambil gambar sebanyak mungkin. Mateen sendiri berasa seronok. Selepas dapat ‘shot’ terbaik, saya muat naik foto tersebut di akaun Instagram (IG),” katanya memetik laporan Melodi baru-baru ini.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad akui turut menerima ugutan untuk membuat laporan polis berikutan isu anaknya itu.

“Tak sangka pulak netizen ingatkan saya dera anak.

“Mereka meninggalkan komen yang agak bodoh dengan mengatakan saya dera anak sehinggakan ingin membuat laporan polis.

“Malah, ada segelintir individu yang menggelarkan saya seorang ibu yang bodoh,” tambahnya.

Terdahulu, tindakan Elvina berkongsi foto anak lelakinya yang diikat menimbulkan rasa tidak senang oleh sebilangan pengikutnya yang menyifatkan perbuatan itu adalah penderaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Dato.Siti.Dato.K

Sumber:Gempak