Pernah Cikgu Sangka Pakai Gincu Ke Sekolah, Joy Revfa Akhirnya Kongsi Petua Bibir Jadi Merah Bak Delima

Usahawan yang juga bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa ada berkongsi foto lamanya ketika di bangku persekolahan.

Nyatanya, perkongsian beberapa keping foto lama itu nyata mengundang nostalgia apabila Joy turut mendedahkan peristiwa lucu yang berlaku pada zaman awal remajanya dulu.

“Terjumpa photo2 darjah 6 (12tahun) waktu sekolah rendah dulu. Tahun 1999.

“Saya la tu yg bertudung biru, waktu ni selalu cikgu fikir sy dtg sekolah pakai lipstick, padahal mmg bibir dh cm tu sbb dulu suka scrub bibir pakai gula pasir & madu tu yg kekal bibir jd merah.

“Last-last cikgu yg tiru petua saya tu kt rumah. Agak2 pd tahun 1999 ni, korg umur brp ek…??,” tulisnya.

Lalu menerusi ruangan komen di Instagram, rata-ratanya turut sama berkongsi kisah zaman remaja selain ada juga yang memuji wajah usahawan ini yang tetap sama ketika di awal remaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Dato.Siti.Dato.K

Sumber:Instagram Joy Refva