Walau kaki berbesi, gambar nikah pengantin ini masih cantik Dan sempurna

Kita sering mendengar pesanan orang tua mengenai ‘darah manis’ yang sering dirujuk kepada mereka yang bakal melangsungkan pernikahan. Ketika itu, bakal pengantin kerap kali diingatkan agar menjaga diri supaya perkara tidak diingini berlaku.

Bertongkat hadir majlis nikah

Menerusi satu perkongsian gambar yang dibuat oleh jurugambar perkahwinan, seorang pengantin lelaki telah mengambil gambar selepas akad nikah dengan bertongkat dan kaki terikat besi selepas mengalami kemalangan beberapa hari sebelum bernikah.

Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik ke laman sosial dan mendapat perhatian netizen kerana terlihat unik walaupun pengantin dalam keadaan yang kurang sihat.

Terima kasih kepada yang meraikan

Menerusi Facebook pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Fatien Syazwani telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang sama-sama meraikan hari bahagia mereka. Dia juga meminta agar warganet mendoakan agar suaminya cepat sembuh daripada kecederaan yang dialami.

Sehubungan dengan itu, menerusi facebook sumber, rata-rata memuji hasil gambar yang diambil oleh jurugambar kerana terlihat cantik. Mereka juga turut mendoakan agar pengantin lelaki yang dikenali sebagai Imran cepat pulih dari kecederaan akibat kemalangan itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Dato.Siti.Dato.K

Sumber :Sy Hafiz’s, Fatien Syazwani