Wan Maimunah Kesal Sajat Kata Watak ‘Wan Maimunah Keji “Hati Ibu Je Tahu Bila Nama Dipermainkan Seperti Ini”

Pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.

Kata Wan Maimunah, 62, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalannya dan sedih dianggap wataknya keji.

“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud.

“Hati ibu je tahu bila nama kita dipermainkan seperti ini. Doakan yang baik-baik insya-Allah semuanya baik-baik.

“Terima kasih yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” kata Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 itu.

 

View this post on Instagram

 

Ada yg hantar pd Ibu..rasa sesdih nama ibu dipermainkan..menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah msih wujud..

A post shared by Wan Maimunah Aziz (@ibu_maimunah) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Maimunah Aziz (@ibu_maimunah) on

Terdahulu, menerusi akaun Instagram Nur Sajat, penyanyi itu memuat naik rakaman berdurasi seminit ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Jawab Sajat dalam video berkenaan; “Kenapa watak keji kau bagi. Muka cantik macam Miss Universe, Miss World bagi watak Hantu Kak Limah. Tak ada orang lain ke?”

 

View this post on Instagram

 

berani mampus nak bagi watak seram2 kat kita yer!!! ingat muka kita SERAM KER?? @aliffsyukriterlajaklaris

A post shared by nursajat (@nursajat23) on

Kenyataan Sajat itu disifatkan netizen sebagai mempersenda kredibiliti pelakon-pelakon legenda seperti Dalimawati dan Wan Maimunah sendiri.

“Jangan persenda Wan Maimunah. Dia bukan watak keji,” tulis @wanie_one.

“Tak perlu pun persendakan ibu Wan Maimunah sebab dia antara legenda tanah air kita. Datuk marah orang ejek Datuk tapi bila buat orang lain, macam tak fikir dulu,” tambah salah seorang pengguna.

“Kenapa sebut-sebut nama seniwati Wan Maimunah? Korang tak layaklah! Seniwati Wan Maimunah lebih hebat dari korang walaupun dia tak kaya,” tambah @rfeeda_ali.

Video itu terus mendapat kecaman netizen dan meminta kedua-dua usahawan selebriti itu menjaga pertuturan agar tidak sewenang-wenangnya mengaibkan mana-mana pihak.

Malah, ada yang mendesak Wan Maimunah mengemukakan saman berhubung perkara terbabit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Dato.Siti.Dato.K

Sumber:Instagram Wan Maimunah