”Kami Masih Berkawan Dan Tinggal Sebumbvng”Failkan Percerraiann, Siti Fazurina Perjelas Pvnca

“Peluang diberi bukan untuk suami saja tapi untuk saya juga,” itu penjelasan pelakon Siti Fazurina yang meminta mahkamah menetapkan tarikh permohonan cerai baru terhadap suaminya.

Untuk rekod, fail perceraian itu merupakan kali ketiga dimohon Fazurina, 36.

Pelakon yang popular dalam siri drama Dunia Anita itu berkata, dia dan suaminya, Mohamad Hykal Zulkifli, 37, masih berkawan dan tinggal sebumbung.

“Kami masih berkawan baik. Selain berlakon, kami ada berkerjasama dalam syarikat produksi juga.

“Mungkin hubungan suami isteri kena bincang lagi,” katanya yang ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebentar tadi.

Jelas Fazurina lagi, dia juga menganggap keputusan yang dibuatnya hari ini sebagai peluang buat kedua-dua pihak.

“Ini kali ketiga saya failkan perceraian dan dua kali saya menarik balik permohonan tersebut sebelum ini.

“Saya anggap jodoh masih panjang, malah peluang ini bukan hanya untuk suami saja tapi untuk saya juga,” katanya.

Tambahnya, bagi prosiding berikutnya, dia akan menunggu panggilan mahkamah untuk penetapan sebutan kes seterusnya.

Terdahulu, dia memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 di hadapan Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail.

Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini menimbulkan kontroversi selepas melangsungkan perkahwinan berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 63, mendedahkan perkahwinan itu tidak sah berikutan Fazurina dipercayai memberi maklumat palsu kepada pejabat agama dengan mengatakan bahawa beliau anak tunggal sedangkan masih mempunyai dua adik lelaki kandung.

Fazurina dan Hykal dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 dengan diwalikan adik kandungnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber:Gempak