Kec0h Satu Rumah Bila Kucing Kesayangan Bawa Pulang ‘Hadiah’ Buat Tuannya, Netizen Terhibur

Sifatnya yang manja dan suka dibelai, kucing antara haiwan peliharaan kesayangan dan rapat dengan manusia. Memiliki bulu yang agak gebu dengan gelagat yang comel, siapa sahaja yang tidak sayang dengan kucing?

Namun ada satu tabiat yang rasanya ada pada kebanyakan kucing peliharaan. Tabiat membawa pulang ‘hadiah’ buat tuannya. Hadiahnya bukan biasa-biasa tau, ada yang sampai boleh buat kecohlah satu rumah!

Ini yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Twitter, Darleenzakir. Video memaparkan kucing kesayangannya membawa pulang tikus yang disangkakan sudah mati, tapi sebenarnya masih hidup! Haish, memang riuhlah satu rumah bila tikus itu terlepas.

Perkongsian gadis meraih perhatian ramai dengan lebih 218,000 tontonan dan 18,000 retweets.

Di ruangan komen, ada netizen yang turut berkongsi kucing peliharaan mereka yang suka membawa pulang ‘benda-benda pelik’ ke rumah.

Yang ini lain pula halnya. Bawa balik ular siap tak nak lepaskan pulak tu!

Korang pula ada pengalaman sebegini dengan kucing peliharaan? Memang haru dibuatnya kalau bawa haiwan yang masih hidup seperti ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber: Darleen Zakir