”Konvoi Terakhir,”Gara-Gara Hobi Pasangan Suami Isteri Pergi Bersama

Malang tidal berbau. Perumpamaan tersebut kerap kali kita dengar apabila berlaku kecelakaan yang tidak disangka-sangka. Namun begitu, siapalah kita untuk mnidakkan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Semalam, satu kemalangan ngeri telah berlaku melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dengan motosikal berkuasa tinggi yang sedang mengikuti konvoi dari Pulau Duyong Kuala Terengganu menuju ke Mersing, Johor bagi meghadiri minggu motosikal berkuasa tinggi di Desaru.

Konvoi terakhir

Mohd Hanafi Ismail, 37 dan isterinya Salimah Mohd Shafei dilaporkan mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menerusi Harian Metro, saksi kejadian telah memberitahu bahawa  kereta Myvi yang berada di laluan bertentangan tiba-tiba terbabas dan mengakibatkan perlanggaran sehingga nyawa pasangan suami isteri ini terkorban.

“Akibat kejadian ini, kedua-dua mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi peserta konvoi patah kaki dan tangan.” – katanya

Hobi suami isteri

Pasangan ini yang mempunyai dua orang anak sememangnya meminati aktiviti berkonvoi motosikal besar dan tidak disangka-sangka bahawa konvoi kali ini adalah konvoi terakhir mereka berdua.

Inalillahiwainailahirajiun

Oleh itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarnga mangsa. Mereka juga mendoakan agar kedua-dua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber : Harian Metro