”Makan Hati Tengok”Foto Hun Haqeem Bersama Bella Astillah Dapat Perhatian

Setelah drama Sweet Dreams melabuhkan tirai, kini drama yang sedang ditayangkan menerusi slot Mega Drama bertajuk, Cinta Belum Tamat Tempoh pula menjadi perhatian netizen.

Ia juga menampilkan pelakon-pelakon terkenal dalam drama tersebut selain Bella Astillah turut menjadi heroin membawa watak sebagai Sara.

Bagaimanapun, pelakon lelaki Hun Haqeem turut mendapat perhatian ramai sebagai adik kepada Bella menerusi drama tersebut.

Terbaru, pelakon lelaki ini yang juga turut terkenal menerusi drama Cari Aku Di Syurga memuat naik pula satu keping foto bersama Bella sehingga membuatkan ramai peminat meninggalkan pelbagai komen.

Foto yang dikatakan sweet ini juga membuatkan peminat cemburu namun gandingan mereka disukai ramai malah penonton tidak melepaskan peluang untuk memuji lakonan Bella dan Hun Haqeem yang membuatkan mereka sedih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber: Bella Astillah, Hun Haqeem