”Memang Tak Salah Pilih J0doh”Jaga Hati Isteri, Nazdmi Tak Mahu Sentvh Wanita Lain

Perkahwinan pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa ternyata buah mulut netizen, mana tidaknya tiada siapa menyangka dua sahabat baik ini akan bergelar suami isteri.

Ditanya mengenai karier lakonan, Nadzmi berkata dia dan Ardell tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka terus berlakon. Malah, Nadzmi tidak akan menghalang Ardell berlakon kerana dia tahu isterinya itu mampu menjaga keperibadiannya.

 

View this post on Instagram

 

Pergi kerja kejap rindu betul dekat awak @ardellaryana 🙈❤️

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on


“Saya tidak akan halang dia, apa sahaja yang dilakukan sebelum ini akan diteruskan. Tiada sebarang syarat untuk dia berlakon sebab saya yakin dia tahu peranan dia sebagai isteri.

“Sama seperti saya, Ardell juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat. Namun, saya sendiri yang mengambil keputusan untuk tidak lagi melakukan sebarang adegan yang berpegangan dengan pelakon perempuan,” katanya kepada

Dalam pada itu, Nazdmi berkata keputusannya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita adalah demi menjaga hati isterinya. Jelasnya lagi, boleh saja berlakon atau menjayakan sesuatu watak itu tanpa perlu bersentuhan.

“Ardell tak minta apa-apa, tapi sebagai suami saya tidak mahu isteri saya mencurigai sesuatu apabila wujud babak-babak seperti itu.

“Banyak kaedah lain untuk menunjukkan penghayatan dalam lakonan. Ekspresi muka sahaja boleh menyampaikan sesuatu maksud, jadi tidak perlulah bersentuhan,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Bismillahirahmanirahim ❤️ Doakan kami 🤲🏻 #JejakRamadhanPalu #RescueTeam

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber:MH TV