Terpaksa Bekerja Bagi Menampung Keluarga, Kisah Budak Perempuan 7 Tahun Yang Tidak Bersekolah Ini Buat Ramai Sayu

‘Kanak-kanak merupakan harapan terhadap sesebuah negara’, merupakan kata-kata yang keluar daripada mulut seorang pahlawan tempatan di Filipina.

Melalui apa yang diperkatakan itu, generasi muda dilihat sebagai aset penting buat sesebuah negara jika mereka mendapat akses pendidikan selayaknya.

Walaupun rata-rata ibu bapa bersetuju dan berkongsi harapan yang sama terhadap anak masing-masing, namun bukan semua ibu bapa cukup bertuah dan berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah, seperti kisah budak perempuan berusia 7 tahun ini.

Ketika kanak-kanak sebaya dengannya sedang belajar di sekolah, budak yang berasal dari Filipina terbabit tidak mempunyai pilihan selain membantu keluarganya yang miskin dengan menjual lada dan beberapa produk di jalanan.

Kisah yang dialami oleh budak berkenaan dikongsi di laman Facebook oleh seorang pengguna iaitu Joepring Galicia Sales, apabila lelaki tersebut ternampak budak berkenaan yang mencari nafkah sendiri di sebuah jalan yang sibuk.

Menerusi kenyataannya, Joespring berpeluang untuk bertanyakan tentang keluarga, tempat tinggal dan mengapa kanak-kanak berniaga di situ dan tidak ke sekolah. Sewaktu perbualan mereka, kanak-kanak berusia 7 tahun itu menjelaskan bahawa dia dalam darjah 3, ibunya membasuh baju di rumah manakala bapanya pula bekerja.

Kisah budak perempuan tersebut meruntun hati Joespring kerana pada fikirannya, dia patut menghabiskan usia mudanya dengan belajar di sekolah sambil bermain bersama rakan-rakan, bukannya penat mencari duit di jalanan seperti ini.

Menurut Akta Republik No. 7658 di Filipina, kesemua kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah dilarang sama sekali untuk bekerja sama ada secara awam mahupun swasta.Malangnya, keadaan kanak-kanak yang terpaksa mula bekerja sejak usia yang muda bagi menampung keluarga bukanlah merupakan satu keadaan yang asing di Filipina.

Ibu bapa yang  miskin dan tidak berkemampuan tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menyuruh anak mereka bekerja, bukannya bersekolah. Ia bukanlah satu situasi yang ideal yang menyenangkan namun mereka tiada pilihan.

Kisah budak tersebut tular dan mendapat simpati orang ramai akan nasibnya. Semoga rezeki keluarganya bertambah bagi membolehkan dia dihantar ke sekolah.

Jika anda terjumpa mana-mana budak berniaga sesuatu di jalanan, apa kata anda membantu dengan membeli produk mereka. Itulah yang kita mampu lakukan bagi meringankan beban mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber: Cerkosong