‘Maafkan Saya Kerana Mengambil Masa Nak Hadam, Rupa Rupa Nya Ini Sebabnya’ Sheila Rusly

“UNTUK menjadi akrab seperti dulu, saya tidak boleh nak cakap. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” kata pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengenai hubungannya dengan Janna Nick selepas pelakon itu memohon maaf secara terbuka kelmarin.

Sheila, 48, berkata, apa yang terjadi adalah bersebab dan setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Menurutnya, dia mahu perkara itu tidak diperbesarkan lagi dan perlukan ruang untuk menenangkan hati.

“Saya masih perlukan ruang untuk tenangkan hati. Tidak tahu berapa lama akan ambil masa nak hadam apa yang dia buat.

“Alhamdulillah, jika dia sedar kesilapannya. Dia juga tahu kenapa kami sekeluarga berkecil hati. Dia juga sudah minta maaf, saya maafkannya.

“Apabila orang minta maaf, kita harus maafkan. Manusia tidak lari daripada buat salah. Ada sebab kenapa perkara ini berlaku,” katanya

Menurut Sheila, dia ikhlas dengan setiap apa yang sudah diberikan kepada Janna terutama ilmu dalam lakonan.

“Saya tidak pernah ungkit apa yang diberikan, ajar dan ilmu. Saya ikhlas apa saja. Malah, apa yang diidamkan selama ini sudah direalisasikan iaitu berlakon dalam drama ketenteraan.

“Saya berharap tunjuk ajar ini digunakan sebaiknya,” katanya.

Ditanya adakah selepas ini dia lebih berhati-hati dalam soal menyayangi pelakon yang berlakon di bawah produksi miliknya, Sheila berkata tidak salah jika dia berbuat sedemikian.

“Tidak salah jika kita nak sayang seseorang. Malah, tidak salah menghargai orang apatah lagi jika orang itu baik dengan kita.

“Memang betul, sayang anak orang dengan anak sendiri lain. Perkara ini beri kesan pada keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, suami Sheila yang juga pengarah, Azman Yahaya atau Jinggo berkata, apabila perkara itu berlaku, dia dan JS Pictures tidak ada masalah untuk kembali bekerjasama dengan pelakon terbabit.

“Kami bersikap profesional. Tapi, ia mungkin ambil masa. Jadi, doakan yang baik-baik. Mana tahu hati terbuka balik.

“Apa yang berlaku jadikan pengajaran dalam diri mereka berdua. Ambil iktibar di sebaliknya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber : Harian Metro via RimbaBara