Bersedia Untuk Aktlf Sebagai Pelak0n, Nabil Mahir Dah Dapat ‘Green Light’

Pengacara yang mula dikenali menerusi program hiburan HLive, Nabil Mahir bersedia untuk aktif mengembangkan bakat sebagai pelakon.

Lebih sinonim sebagai pengacara, Nabil sudah mendapatkan ‘lampu hijau’ untuk rancak bergiat dalam bidang lakonan.

“Sebenarnya, bapa saya hanya memberikan keizinan untuk saya bergiat dalam bidang pengacaraan sahaja. Tetapi, saya juga pernah berlakon tetapi hanya menjayakan beberapa watak kecil sahaja.

“Kini, bapa saya sudah memberikan keizinan untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan. Jadi, saya sudah bersedia untuk aktif sebagai pelakon pula,” katanya.

Nabil ditemui di majlis jalinan kerjasama antara Digital Content Connection (DCC) dan ACE Pictures di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nabil tidak mengimpikan untuk memegang watak hero atau teraju utama dalam sesebuah karya.

“Sejujurnya, saya masih baru dalam bidang lakonan. Banyak yang perlu saya pelajari. Apa yang penting, saya mahu mengutip ilmu sebagai seorang pelakon.

“Buat masa ini, saya tak terfikir pun nak memegang watak utama atau menjadi hero dalam sesebuah naskah. Biarlah saya bermula dari watak pembantu. Apa yang penting, saya mahu belajar dengan lebih lagi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page KL Menjerit Press

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL Menjerit Press tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL Menjerit Press juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.