“Cipta Lagu Buat Han-Byul,” Haqiem Rusli Tak Fikir Panjang

Penyanyi Haqiem Rusli berkongsi bagaimana terhasilnya lagu Luka dan Bahagia untuk penyanyi dari Korea Selatan, Han-Byul yang telah dinyanyikan di pentas Big Stage pada Ahad lalu.

Menurut Haqiem dia berjumpa dengan pihak pengurusan Han-Byul semasa minggu keempat ketika sesi latihan bersama Syada Amzah.

“Masa itu minggu keempat yang memerlukan saya berduet dengan Syada Amzah di pentas Big Stage.

“Saya pergi ketika mereka sedang ‘soundcheck’ dan dalam masa itu saya ternampak Han-Byul.

“Selepas saya tegur Han-Byul, pengurus dia datang bertemu dengan saya dan meminta saya untuk mencipta sebuah lagu untuk dinyanyikan pada konsert akhir.

“Tanpa berfikir panjang, saya berbincang dengan pihak pengurusannya maka terhasil la lagu Luka dan Bahagia,” katanya.

Haqiem ditemui usai mini konsert bersama peminat yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras.

Tambah pelantun lagu Selamat Tinggal Sayang ini, elemen memasukkan lirik lagu dalam bahasa Korea adalah hasil perbincangan mereka bersama.

“Elemen memasukkan lirik lagu dalam bahasa Korea itu adalah hasil perbincangan kami bersama.

“Saya minta dia terjemahkan satu bahagian lirik dalam bahasa Korea.

“Saya sendiri tidak menjangkakan lagu itu akan ‘trending’ di laman YouTube. Sekarang ini sudah lebih 900,000 penonton yang sudah menontonnya,” katanya lagi.

Seramai lima orang peserta telah berentap di pentas Big Stage untuk berebut gelaran juara.

Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019.

Han Byul telah menewaskan empat peserta lain iaitu Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang turut bersaing di peringkat akhir program tersebut.

Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page KL Menjerit Press

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL Menjerit Press tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL Menjerit Press juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.