“Walaupun Rumah Kami Jauh 3KM Sahaja…” – Nora Danish Lepas Rindu Jumpa Ibu Selepas ‘Terpisah’ Dek PKP

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa gembira selepas dapat bertemu dengan ibunya buat pertama kali selepas lebih sebulan lamanya terpisah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Nora, biarpun selama ini jarak antara kediaman ibu dan rumahnya hanyalah 3 kilometer (KM) sahaja, dia hanya kekal berada di rumah.

“Alhamdulillah, berbuka, Isy4k dan tarawih bersama. Dapat lepas rindu jumpa mama dengan izin suami.

“Semua adik-beradik perempuan saya tinggal dengan mama, jadi selama PKP saya seorang sahaja yang tak dapat jumpa mama dan adik-beradik saya, walaupun rumah kami jauh 3KM sahaja,” katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram malam tadi.


Katanya lagi, dalam keadaan sekarang, pematuhan kepada PKP itu penting agar keselamatan insan tersayang terjamin.

“Patuhi PKP itu penting selain memutuskan rantaian penul4ran c0v1d-19, kita juga harus sayang orang yang tersayang agar mereka tidak dij4ngk1ti secara langsung atau tidak langsung.

“Alhamdulillah dapat jumpa hari ini. Saya semua, Stay safe semua. Jangan lupa langkah-langkah keselamatan yang harus dijaga,” katanya.

Terdahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.

Menerusi pelaksanaan PKPB, beberapa sektor ekonomi mula dibenarkan termasuklah kelonggaran dalam pergerakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nora Danish di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Walaupun Rumah Kami Jauh 3KM Sahaja…” – Nora Danish Lepas Rindu Jumpa Ibu Selepas ‘Terpisah’ Dek PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*