“Air Mata Kesyukuran,Terharu Dikurniakan Sahabat Ikhlas”Tok Ti, Erra Fazira Dan Fazura Antara Yang Menitiskan Air Mata.Rizman Nordin

Berkongsi momen istimewa sempena hari akad beberapa hari lalu, entri terbaru pereka terkenal Rizman Nordin cukup menyentuh hati.

Dia berkongsi beberapa keping foto yang cukup indah memperlihatkan beberapa selebriti terkemuka yang sering memperaga busana rekaannya mengalirkan air mata tatkala ijab kabul berlangsung.

Antara yang hadir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan Fazura.

Air mata kesyukuran dari sahabat- sahabat saya. Alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana pinjamkan persahabatan yang ikhlas ini. Semoga Allah terus memelihara ukuwah kami sekeluarga. Amin ya rabbalalamin #rizmansuraya,” tulisnya.

Pasangan ini diijabkabul pada 13 September lalu di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber:Instagram Rizman Nordin