“Alhamdulillah…1 Rejab Aafiyah Dilahirkan” – Siti Aafiyah Kini Berusia Setahun

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan ulang tahun kelahiran pertama anaknya, Siti Aafiyah hari ini (1 Rejab) berdasarkan kalendar Islam.

Berita baik itu dikongsi Siti menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Di ruangan kapsyen, Siti mendoakan Aafiyah agar membesar menjadi anak yang berjaya.

“Alhamdulillah, 1 Rejab Aafiyah dilahirkan, setahun sudah usiamu sayang, doa ibu Aafiyah menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

“Allah SWT kurniakan ‘Aafiyah’ buat anakku sayang,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan kesejahteraan buat Aafiyah.


Berdasarkan kalendar masihi pula, Aafiyah akan menyambut hari lahirnya yang pertama pada 19 Mac ini.

 

Apa Kata Anda! Dah Baca Jangan Lupa Komen & Share. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook KL MENJERIT

Sumber: Instagram ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*