Anzalna Kongsi Momen Anak Terbang Ke Luar Negara Buat Pertama Kali, Untung Eidrees Tak Banyak Ragam

Baru-baru ini, Anzalna ada memaklumkan dia bakal berangkat ke Dubai, Paris dan London untuk bercuti selain melakukan beberapa projek komersial di sana.

Turut bersama dalam rombongan berkenaan ialah ahli keluarga termasuk suami dan anaknya, Eidress yang kini mencecah usia tiga bulan.

Anzalna sebelum ini ada berkongsi bahawa ia merupakan pengalaman pertama anak sulungnya itu ke luar negara.

Last year, Eidrees dalam perut mummy waktu di Paris. This year, mummy bawa Eidrees pergi tengok rupa Paris macam mana,” jelasnya menerusi akaun Instagram anak.

Lalu, tempoh perjalanan yang panjang tentunya turur merisaukan ibu bapa khasnya yang memiliki anak kecil. Atas alasan ini ramai ibu bapa ‘kurang berminat’ untuk membawa anak melancong ke luar negara.

Bagimanapun, situasinya nyata berbeza dengan anak sulung pelakon ini, apabila Eidrees tampak ‘okay’ dan tenang sepanjang perjalanan, seperti mana yang dimaklumkan si ibu.

Travelling with Mohamad Eidrees was easier than I ever imagined. Boarding the flight, Eidrees was so happy! He laughed and smiled all the time. Menangis? Of course ada! Tapi sebab nak susu. I’m blessed to have such a good baby. Alhamdulillah,” ujar isteri kepada Muhamad Hanif Mohamad Zaki ini lagi.

Malah, bintang berusia 31 tahun ini juga turut berkongsi beberapa momen menarik si anak sepanjang perjalanan.

Anzalna yang juga finalis Dewi Remaja 2010 mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun berkenalan.

Permata hati mereka, Mohammad Eidress pula dilahirkan pada 31 Mei lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber : Instagram @anzalnanasir88

PERHATIAN: Pihak DatoSitiDatoK tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DatoSitiDatoK juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.