Bila Gorila Pun Pandai Nak ‘Posing’ Berswafoto. Amboi, Bukan Main Dia Eh!

Kalau kebiasaannya kita tengok ramai yang bijak bergaya di depan kamera bukan? Pelbagai gaya dan riak wajah yang dipamerkan. Apa yang penting keyakinan diri itu ada!

Namun berbeza pula dengan beberapa ekor gorila ini. Lagaknya sangat bersahaja bila di hadapan kamera. Nampak macam manusia yang sudah biasa gambarnya dirakamkan!

Foto yang dirakamkan di Taman Negara Virunga, Congo memperlihatkan beberapa ekor gorila dengan pegawai anti pemburuan haram sedang berswafoto bersama.

Foto yang cukup unik itu mendapat perhatian ramai dan menjadi tular di internet. Malah ia turut disifatkan sebagai sesuatu yang comel dan menghiburkan.

Difahamkan juga Taman Negara Virunga digazetkan sebagai kawasan UNESCO di wilayah terbabit.

Biarpun gorila dikategorikan sebagai salah satu haiwan yang berbahaya, namun dalam swafoto tersebut jelas kelihatan sisi kelakar dan mesra yang dipamerkan oleh gorila tersebut.

Antara foto lain yang menarik perhatian ramai adalah gorila yang berdiri sambil posing seperti manusia.

 

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Jom like page kami juga di Facebook KL MENJERIT

Sumber: Metro UK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*