Che Ta Bimbang Suami Diminati Wanita Lain

Boleh dikatakan sekarang banyak kes ‘sondol’ suami orang viral di media sosial. Berikutan itu, Rozita Che Wan meluahkan rasa bimbang untuk berkongsikan foto suaminya, Zain Saidin di media sosial kerana takut diganggu wanita lain.

Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta berkata wanita zaman sekarang mudah terpikat dengan suami orang dan suka berebut hak orang.

“Makin elok (segak) pula laki (suami) kami ni, eh.. tak mahu upload dahlah gambar.. takut ada yang bekenan.

“Orang perempuan zaman la (sekarang), depa (mereka) suka bekenan orang punya .. atau dalam erti kata lain , beqebut (berebut) hat (hak) orang,” tulisnya.

Perkongsian Che Ta itu menerima reaksi positif daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu, malah ada yang berkongsikan pengalaman yang sama.

Che Ta mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Zain pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak Aaisyah Dhia Rana, 5 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page KL Menjerit Press

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL Menjerit Press tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL Menjerit Press juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.