Elly Mazlein Tak Kisah Bakal Suami 10 Tahun Lebih Muda

Bakal menamatkan zaman solonya menjelang tahun 2020, Elly Mazlein tidak kisah bakal suaminya itu 10 tahun lebih muda daripada. Menurut Elly, sikap matang yang ditunjukkan membuatkannya tertarik dan terbuka untuk menerima jejaka itu.

Kata Elly lagi, kekasihnya itu juga pandai mengambil hati keluarganya terutama sekali anak tunggalnya, malah, bapanya sangat menyenangi sikap jejaka tersebut.


“Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara salah satu penguat cinta saya pada kekasih hati.

“Dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang menjaga ayah saya sekarang dan ayah saya pun sayang sangat dengan dia. Ciri-ciri inilah penyebab kenapa saya pilih dia,” katanya.

Masih berahsia mengenai identiti jejaka tersebut, Elly berkata dia akan mendedahkan gerangan kekasihnya apabila tiba masanya nanti. Dalam pada itu, Elly memberitahu dia dan bakal suami akan mengadakan lima majlis di hari bahagia mereka.

“Saya nak berterima kasih pada bakal suami kerana akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia kami nanti.

“Ia akan dimulai dengan upacara merisik dalam masa terdekat, ia diikuti dengan majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding serta majlis menyambut menantu di Kelantan kelak,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber: gempak