Farra Umyra Alami Massalah Sarraf Kr0niik

KUALA LUMPUR: Berdepan masalah saraf yang mengganggu pergerakan, bakat baharu, Farra Umyra cekal mengejar impian menjadi penyanyi terkenal.

Anak didik pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy ini tidak malu mengaku dirinya layak bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) berikutan masalah saraf kronik yang dihadapinya.

“Kekurangan fizikal ini bukanlah noktah untuk saya mengejar cita-cita. Saya okay dan tak malu mengaku perkara sebenar.

“Malah, saya sedia menjadi contoh kepada insan OKU lain yang meminati dunia seni.

“Ini ujian hidup yang saya harus terima dengan lapang dada. Kecacatan ini tidak nampak pada mata kasar, namun, hidup perlu diteruskan,” katanya kepada BH Online.

Mengimbas detik kemalangan yang membuatkan sistem sarafnya terjejas, Farra yang tampil dengan single kedua berjudul Tetap Setia ciptaan Stacy dan Akim, memberitahu, insiden berlaku apabila bagasi penumpang dalam bas yang dinaikinya, jatuh lalu menghempap bahu.

“Berikutan hentakan kuat pada bahu, saya terpaksa dibedah. Selesai prosedur, doktor menjelaskan masalah saraf saya ini akan berterusan, malah dianggap seperti kecacatan kekal.

“Namun, saya percaya setiap manusia diuji dengan pelbagai perkara. Saya sendiri tak terlepas dengan ujian begini,” katanya.

Farra berkata, berikutan keadaannya itu, dia disarankan tidak memandu kereta atau jika memegang stereng, tidak boleh terlalu lama.

“Selain itu, saya masih bergantung kepada ubat yang disediakan doktor. Kalau tidak, saya mudah longlai dan lemah,” katanya.

Farra yang bernaung di bawah syarikat Rhythym & Rhyme Entertainment milik Akim dan Stacy, pernah menghasilkan single pertama berjudul Hancur Dalam Waktu.

Lagu itu mencecah 500,000 tontonan dalam tempoh sebulan selepas dimuat naik di YouTube pada Mei tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Farra merancang berduet dengan kumpulan Caliph Buskers.

“Insya-Allah, kalau jadi, lagu duet saya dan Caliph Busker akan dicipta Akim serta Stacy.

“Selepas itu, mengikut perancangan, kami akan bergabung menjayakan siri jelajah di bawah anjuran Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia serta Kementerian Pendidikan di 10 lokasi,” katanya.

Tambah Farra, siri jelajah itu antara lain mengajak kumpulan anak istimewa tidak berputus asa, sebaliknya mengejar impian.

“Lihat saja Caliph Buskers yang mempunyai kekurangan daya penglihatan tetapi Allah kurniakan mereka suara yang sedap,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber : BHarian

PERHATIAN: Pihak DatoSitiDatoK tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DatoSitiDatoK juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.