Gara2 takut dikejar anjiing, budak lelaki ini lompat masuk kereta makcik tak dikenali

Siapa disini ada pengalaman kena kejar anjiing? Kalau ada, mestilah anda seorang yang gerun apabila nak berjalan berhampiran dengan haiwan yang suka mengejar itu.

Begitulah juga dengan kisah budak lelaki ini, apabila tular video daripada seorang pengguna Twitter bernama Istajib Mokhtar, memaparkan gelagatnya yang panik kerana takut dikejar anjing.

Takut kena kejar anjiing punya pasal

Kisahnya begini, budak lelaki itu terlalu takut apabila terserempak dengan anjiing berwarna coklat ketika sedang berbasikal di kawasan tersebut.

Takut dikejar anjiing, dia pun terus meninggalkan basikalnya dan meluru ke sebuah kereta seorang wanita yang kebetulan berada disitu untuk meminta bantuan.

Tak fikir terus terjun masuk kereta orang

Yang lucunya, disebabkan terlalu panik budak itu pun terus meluru masuk ke dalam kereta wanita yang tidak dikenalinya itu melalui tingkap.

Geli hati melihat budak itu yang tengah ‘cuak’, wanita itu bertindak merakam gelagatnya budak tersebut, malah, dia siap menyakat lagi budak itu.

Sumpah kelakar kau dik!

Ramai yang geli hati melihat aksi budak lelaki itu, ditambah pula dengan makcik yang suka menyakat, rata-rata terhibur dengan video tersebut.

Akak tu pun nakal yerr

You made my day la makcik

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber : Istajib Mokhtar