Pak Nil Sedekah Handphone Kepada Orang Susah. Lihat Doa Pak Cik Ini Kepada Pak Nil

MENGIMBAU kembali setiap pencapaian yang diraih jelas membuktikan dirinya umpama bintang berharga. Jika disoal siapakah personaliti televisyen yang
paling diingati, pastinya nama Datuk Aznil Nawawi tidak tercicir dari senarai.

Baru-baru ini  dalam sebuah rancagan, Pak Nil telah Sedekah Handphone Kepada Orang Awam Yang Mendapat Pujian Netizen. Doa pak cik ini kepada Pak Nil sangat meruntun jiwa. semoga rezeki Pak Nil bertambah di atas kebaikan yang beliau lakukan dan menjadi sumber inspirasi kepada semua.

“Alhamdulillah, tahun ini usia saya sudah 53 tahun. Walaupun usia bertambah, namun saya masih lagi mampu bertahan menjalani karier seperti biasa.”

Lebih istimewa, karakter ceria dan petah yang dimiliki anak jati Kuala Lumpur ini membuatkan dia senang diterima peminat sama ada dari golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Apa yang pastinya, pengacara yang mesra disapa Pak Nil ini tidak menjadikan perkara itu sebagai satu halangan dirinya terus menyumbang.

“Kalau boleh saya mahu memberi istilah baharu terhadap usia tua di mana usia bukan penghalang untuk kita terus menjadi aset dan penyumbang.

“Biasanya orang akan memberi tanggapan, bila tua perlu berehat dan banyakkan ke masjid, tapi kenapa perlu tunggu tua baru mahu ke masjid sedangkan itu amal yang perlu diterapkan sejak muda lagi.

Menyedari tugas yang digalas mampu memberikan manfaat kepada banyak pihak, Pak Nil komited untuk terus menjalani kariernya. “Kerja saya adalah kerja yang dinamik di mana setiap hari ada sahaja perkara baharu yang perlu dipelajari.

Lihat Video dari Youtube JebatMedia:

“Sebagai contoh, baru-baru ini saya diberi peluang ke Los Angeles dan berpeluang bertemu dengan pengurusan rancangan E!.

“Di sana banyak perkara yang saya belajar dan saya mahu mengambil inisiatif itu untuk bersama dengan pihak-pihak tertentu untuk mengembangkan lagi industri hiburan tempatan,” ujarnya.

Wajah eksklusif Sepanjang menjalani karier, Pak Nil juga telah diangkat dalam beberapa anugerah menerusi majlis penghargaan.

Selain itu juga dia telah dilantik sebagai Wajah Eksklusif stesen televisyen Astro.

“Sama ada terus kekal atau tidak itu semua masih dalam perbincangan lagi,” ujarnya. Bangga dengan kepercayaan yang diberikan kepadanya, Pak Nil akui mahu terus menyumbang kepada Astro.

Lebih 10 tahun 

“Selama lebih 10 tahun ini, saya bangga melihat perkembangan Astro yang hanya mempunyai satu saluran Astro Ria sebagai permulaan, tapi dengan kehadiran saya dan beberapa artis eksklusif lain akhirnya Astro berkembang… “

Wajah Eksklusif

“Selain dilantik sebagai wajah eksklusif, saya juga diamanahkan penasihat rancangan Astro dan untuk tugas ini saya masih mahu meneruskan perkhidmatan
saya,” katanya.

RAHSIA AWET MUDA

Pada usia 35 tahun, Pak Nil masih lagi dilihat sebagai seorang yang cergas dan ceria dalam menjalani tugasnya.

Berkongsi mengenai perkara itu, hos program Hlive ini mengakui.

“Alhamdulillah, kesihatan saya sehingga hari ini masih lagi dalam keadaan baik.

Amalan puasa sunat

“Kalau ditanya rahsianya, selain berlari di atas ‘treadmill’ sejauh tiga kilometer setiap hari, saya juga amalkan puasa sunat.

Tambanya lagi,

“Bagi saya, berpuasa banyak membantu saya untuk mengawal pemakanan. Hanya itu yang saya amalkan untuk mengekalkan stamina,” jelasnya yang akui tidak pernah mengambil sebarang suplemen atau vitamin.

Pada masa sama, Pak Nil akui selain penjagaan makanan dan senaman, sentiasa berfikiran positif juga membantunya untuk kekal awet muda.

“Kehidupan saya sekarang agak positif dan saya tidak pernah melibat sesuatu yang berlaku sebagai perkara negatif walaupun saya akui mungkin zaman muda saya seorang yang agak panas baran, tapi sifat itu mula berkurang bila meningkat usia.

Apa Kata Anda! Dah Baca Jangan Lupa Komen & Share. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook KL MENJERIT

sumber: sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*