[VIDEO] “Jangan Main-Main Bila Buat Perempuan Terkejut. Rasakan!!” – Gelagat Bengah, Cik Bunge dan Cik Pia Buat Ramai Terhibur

Nama Cik Pia atau pemilik nama sebenar Afiatul Salsabiila tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun bukan seorang selebriti, Cik Pia sangat terkenal dan popular di media sosial.

Abangnya yang bernama Hammad Zamakhshari atau lebih dikenali sebagai dengan nama Bengah sering memuatnaik videonya bersama Cik Pia di Instagram atau Facebook.

Untuk pengetahuan, Cik Pia menghidap d0wn syndr0me, namun begitu sebagai abang, Bengah tetap melayan Cik Pia seperti insan yang normal dengan penih kasih dan sayang.

Selain disayangi oleh ahli keluarganya, Cik Pia turut disayangi oleh peminat-peminatnya. Malah Cik Pia turut mempunyai akaun Instagramnya sendiri yang dikendalikan oleh ahli keluarganya.

Sehingga kini akaun Instagram Cik Pia mempunyai 112 ribu pengikut yang sentiasa menantikan update terkini mengenai aktiviti hariannya.

Pada bulan Disember tahun 2017 yang lalu, Bengah telah selamat bernikah dengan seorang gadis yang diberi galaran Cik Bunge. Menurut Bengah, walaupun dia sudah berkahwin, tetapi dia akan tetap memikul tanggungjawab menjaga Cik Pia selamanya.

Kisah Bengah dan Cik Pia ini membuatkan ramai yang sebak dan terharu. Walaupun abangnya sudah mempunyai isteri, Cik Pia tetap manja dengan Bengah. Malah Cik Pia turut rapat dan manja dengan Cik Bunge Juga. Rata-rata netizen terharu dengan penerimaan Cik Bunge terhadap adik istimewa seperti Cik Pia.

Seperti yang ramai sedia maklum, Bengah sering berkongsi video-video yang telah disunting sendiri di akaun Instagramnya @makhlokmacho. Yang terbaru, Bengah berkongsi video bersama Cik Pia dan Cik Bunge dalam sebuah kereta.

Menerusi video berkenaan, Bengah sengaja mengusik isterinya. Malah Cik Pia juga begitu ceria dan teruja apabila abangnya menyakat kakak iparnya itu.

Apa yang menariknya, tindakan reflek Cik Bunge apabila terkejut memcuit hari ramai netizen. Cuba tengok reaksi Cik Pia dalam video. Serius kelakar !!

VIDEO:

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Bengah, Cik Bunge dan Cik Pia ini. Antara komen-komen netizen :

” Amek kau! Mendapat! Hahahahahahahahaha ! “

” Yang belakang happy tgk kne hempok hahahahaha.. “

” Adududu.. kesian bengah.. naseb laaa.. spa suruh kacau lagi.. yg sronoknya boskur kat blakang tu haa.. seronok bengah kena dgn cik bunge.. “

” Hari2 tgk video nie kt fb ngn ig best tak pernah jemu.. “

” Berulang kali aku tengok.. hahaha.. jgn buat main2 bila org perempuan kata dia terkejut.. “

” Setepek kena berpinar bijik mata… semoga bengah dn keluarga bahagia selalu… aminnn.. “

” Tak leh move on… kelakar… best x kenw tampar tindakan refleks tu.. “

” Hahahahahahahaha… adohhhh…. rasakan tamp0ran wanita!!! 10 kali tgok… @makhlokmacho oiiiii…. cr pasal ekkkk.. “

Alahai serius kelakar kan ? Tu lah jangan main-main dengan penangan kaum wanita. Sekali dia terperanjat, semua jenis jurusan terkeluar secara reflek.

 

Apa Kata Anda! Dah Baca Jangan Lupa Komen & Share. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook KL MENJERIT

Sumber: Instagram makhlokmacho/contentmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*