“Ini kata-kata saya yang terakhir”- Janna Nick

“SAYA rasa sudah selesai menjadi anak murid yang menimba ilmu. Sudah tiada apa yang perlu diperkatakan lagi dan inilah kata-kata saya yang terakhir dan menjadi noktah,” kata pelakon popular Janna Nick ketika diminta mengulas mengenai kontr0versi membabitkan dirinya dengan pelakon dan penerbit Sheila Rusly yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Janna ketika ditemui berkata, dia enggan lagi mengulas mengenai kontr0versi terbabit kerana tidak mahu memanjangkannya lagi. “Saya berharap tiada pihak yang bertanya lagi mengenai isu itu selepas ini,” katanya.

Janna ditemui ketika mempromosikan Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL) bersama duta DFKL 2019 yang juga pelakon Izzue Islam di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya mengenai promosi drama bersiri 16 episod Leftenan Zana pula, Janna berkata, dia tetap mempromosikan drama lakonannya itu di Instagram setiap hari. “Sebagai pelakon utama saya tetap menjalankan tanggungjawab untuk mempromosikan drama bersiri itu di laman sosi4l seperti dikehendaki penerbit.

“Alhamdulillah, drama itu mendapat sambutan hangat penonton dan mencatat rating paling tinggi di Slot Lestary TV3 setakat ini. “Saya juga berasa puas kerana kerja keras untuk merealisasikan drama itu ternyata berbaloi,” katanya. Drama bersiri Leftenan Zana arahan Jinggo dan terbitan JS Pictures turut menampilkan lakonan Sheila Rusly, Tunku Hanis dan Redza Rosli. Sumber hmetro

Dalam artikel berkaitan.Sheila Rusly Terima Maaf Janna Nick Tapi Minta Diberi Masa

Penerbit dan pengarah, Shiela Rusly menerima permohonan maaf yang dilakukan anak didik kesayangannya, Janna Nick semalam. Namun Sheila meminta sedikit ruang untuk menerima apa yang dilakukan oleh Janna.

“Alhamdulillah dia dah sedar atas kesilapan dia. Saya dah maafkan tapi bagi saya masa untuk hadam apa yang dia dah buat pada saya dan keluarga. Jujur apa yang terjadi ini hal keluarga yang terlalu peribadi untuk dikongsi,” katanya.

Semalam Janna yang hadir dalam sebuah acara, memohon maaf secara terbuka kepada Sheila berikuta kemelut yang melanda diantara mereka. Selain itu Janna turut memberitahu menghantar mesej kepada Sheila namun tidak dilayan.

Kemelut hubungan mereka bermula apabila Sheila memuat naik kenyataan berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada Janna, namun dinafikannya. Lebih dingin lagi apabila Sheila bertindak tidak mengikuti Janna lagi di IG.

Bagaimanapun ada juga cakap-cakap mengatakan kontroversi hubungan mereka ini sengaja ditimbulkan demi menaikkan rating drama terbaru mereka, Leftenan Zana.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*