“Jadi Perempuan Jangan Asyik Tahu Melawa Tapi Malas Ke Dapur,” Padu Pesanan Farahdhiya

Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja dikurniakan wajah yang cantik tetapi rajin ke dapur. Jika melihat wajah kacukan mat saleh ini tidak terlintas di fikiran bahawa Farahdhiya suka masak masakan kampung.

Teruja melihat bahan-bahan masakan lauk kampung telah dikongsi Farahdhiya di laman media sosialnya. “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pegi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang,” kongsi pemenang tempat kedua pertandingan Gegar Vaganza Musim 2015.

 

View this post on Instagram

 

Sambal ikan bilis petai kikis for lunch.Comfirm makan repeat 20ribu kali ni 🤪 #dietwhat #fdcooked #fdskitchen

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

Tambah penyanyi yang pernah mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik ini dia merupakan seorang kaki masak lebih-lebih lagi lauk kampung. Beruntunglah siapa yang dapat menyunting Farahdhiya sebagai suri hidup. Perut sentiasa dijaga lebih-lebih lagi buat jejaka yang gemar masakan kampung.

Walaupun Farahdhiya yang berkulit putih gebu ini dilahirkan di Sarzana, Itali tetapi seleranya jauh berbeza dengan negeri kelahirannya, “Saya hantu budu dan tempoyak,” kongsi wanita yang pernah berlakon dalam drama Cinta Tanpa Henti ini.

Lebih menarik apabila Farahdhiya sempat berpesan dengan pesanan yang padu, “Jadi perempuan jangan asyik tau melawa je tapi malas ke dapur dan malas kemas rumah bagai. Biar seimbang baru lah complete,” coret Farahdhiya lagi.

Mengintai laman sosial milik penyanyi cantik ini, macam-macam hidangan yang telah dikongsinya. Tengok meja yang penuh hidangan lazat, telan air liur jer, “Lauk pauk hari ni. Macam mana perut famili I terjaga dengan masakan I, macam tu jugak perut suami I nanti, confirm suami I takkan lapar, harap dia tak gemuk lah.

Tapi kena cari bakal suami yang suka lauk kampung, sebab I suka masak lauk melayu, western sekali-sekala saja,” kongsi Farahdhiya. Mesti berderet lelaki yang nak datang meminang Farahdhiya ni.

Menariknya perkongsian Farahdhiya apabila menggunakan gula rendah glisemik dalam setiap hidangan. Patutlah tubuh Farahdhiya langsing walaupun makan macam-macam jenis hidangan. Cemburunya!

Patutlah syarikat gula terkenal telah secara rasmi melantik Farahdhiya atau nama penuhnya Farhdhiya Mohd Amin sebagai duta produk mereka.

 

View this post on Instagram

 

Happy birthday Rizqi boy!!Be good to your parents always ok?Lots of love – Aunty Farah ❤️

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

 

View this post on Instagram

 

Bila hati berbunga kita pakai baju bunga2 😛🌸

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber:Instagram Farah Dhiya