“Jangan Bazlr Masa Untuk Orang Yang Salah..” Natasha Hudson Beri Bayangan Berpisah Lagi

Selepas tiga kali kecundang dalam perkahwinan, pelakon berdarah kacukan, Natasha Hudson telah mendirikan rumah tangga buat kali keempat dengan seorang usahawan Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.

Namun, menerusi muat naik terbaru di Instagram pelakon tersebut, dia seakan-akan memberi bayangan bahawa perkahwinan terbarunya juga sedang dalam masalah, ditambah pula kesemua foto bersama suami di IG telah dipadam.

Bukan dilahirkan untuk dapat sesuatu yang kekal

Entri pelakon tersebut menyatakan luahan hatinya, yang merasai bahawa dirinya dilahirkan untuk tidak mendapatkan sesuatu yang kekal dan percaya, masanya untuk menerima kehadiran seseorang yang setia belum tiba lagi.

“Mungkin bukan sekarang. Saya bukan awak. Mungkin (ada) nanti dengan orang yang tepat atau di kehidupan yang lain. Saya tiada masa untuk bersedih…”

Suami Natasha cvrang?

Malah, menerusi IG story pula Natasha sempat berkongsi pandangannya bagaimana mahu mengatasi isu suami curang. Jawapan tersebut menguatkan lagi spekulasi mengenai keretakan rumah tangganya.

“Jangan bazirkan masa dan tenaga untuk sesuatu yang tidak berbaloi buat masa anda. Senang sahaja. Teruskan hidup dan jangan dengar kritikan orang sebab mereka tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Ini adalah kehidupan anda bukan mereka…”

Terdahulu, Natasha telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007. Kemudian, berkahwin semula dengan Carleed Khaza pada 2012, dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page KL Menjerit Press

Sumber : Natasha Hudson

PERHATIAN: Pihak KL Menjerit Press tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL Menjerit Press juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.