Keadaan terkini Cico Harahap Sekarang Tak Sampai Hati Tengok

Walaubagaimanapun, seorang wakil keluarga menafikan bahawa Uji dihalau keluar.

Beberapa hari yang lalu, artis veteran Uji Rashid dilaporkan terpaksa keluar daripada rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dan seterusnya memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR). Berita itu telah dikongsikan sendiri oleh Menteria Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

‘Dia menjaga Cico yang sakit sejak tahun lalu..’

Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan

Seorang individu yang menggunakan nama Rehan Ismial di Facebook berkata bahawa Uji Rashid tidak dihalau dari kediaman yang disewanya sekarang, sebaliknya mencari jalan serta cara untuk terus menyara keluarga.

Dia menjaga Cico yang sakit sejak setahun lalu.Rehan juga memohon agar situasi yang dihadapi Uji dan keluarganya tidak ditularkan dan dibandingkan dengan arwah Datuk Sharifah Aini.Dia seorang yang menyara keluar dia (anak dan cucu). Walaubagaimanapun, kami turut membantu mana yang perlu.Jangan bandingkan dia dengan arwah Sharifah Aini sebab dia single sejak Cico bayi lagi.Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan.

Menanggung arwah ibu dia dan keperluan keluarga. Dia sepatutnya sudah berehat senang lenang tetapi musibah yang melanda Cico adalah dugaan yang dia harus hadapi.Sumber:Astro AwaniBagaimanapun pengurusnya, Kit Rushuhaimi memaklumkan bahawa penyanyi veteren itu berasakan bahawa masyarakat pasti sudah memandang serong kepada dirinya selepas berita tersebut tular.

Semalam, tersebar satu berita mengatakan penyanyi era 1970-an itu telah diusir dari kediaman sewanya di Ampang, Selangor sehingga memaksanya untuk meminta bantuan tinggal di skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Dia terduduk semalam selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai.“Dia kata kepada saya, biar bumi telan kak Uji daripada dia berhadapan persepsi masyarakat terhadapnya, lagi pula dia perlu ke hospital pada Khamis sehari selepas berita itu tersebar,” ujarnya dipetik mStar Online.

Disebabkan itu, penyanyi lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu tersebut telah menerima banyak panggilan daripada pelbagai pihak yang mahu mengetahui kebenaran perkara yang terjadi.“Saya kasihan dengan dia, tak sanggup nak angkat telefon kerana ramai yang bertanya hal itu. Pada saya dia seorang wanita yang kuat berhadapan dengan ujian.“Sejak setahun kebelakangan ini kehidupannya agak sukar, terpaksa menanggung keluarga seorang diri. Anaknya Cico sedang sakit dan banyak duit habis untuk pembiayaan rawatan Cico,” tambahnya.

Malah, sebagai seorang ibu, Uji mengambil keputusan untuk merawat anaknya sendiri berseorangan dan disebabkan itu dia perlu mengeluarkan belanja yang banyak bagi menampung kos rawatan Cico.Sebelum ini, Ciko atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin telah mengalami penyakit misteri apabila dia bagaikan telah dianiaya oleh seseorang sekitar dua tahun lalu.“Saya terpaksa menolak tawaran kerja untuk menumpukan perhatian pada satu-satunya zuriat saya. Kesusahan saya hanya Tuhan saja yang tahu.“Tidak sampai hati meninggalkan anak yang menderita sakit. Saya masih berulang alik ke hospital menemani Cico menjalani pelbagai terapi dan rawatan setiap hari.

Image result for uji rashid dengan cico

“Cico semakin sihat tetapi dia masih tidak boleh bercakap, menulis mahupun membaca. Saya terpaksa menjaganya seperti anak kecil,” ujarnya dipetik pula dari BH Online.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jom Like Page Kami Di Facebook @Anything– VIRALMANIA

Sumber SisGempak / Anything FB