Masih Ingat Bekas Tunang Mawi Dulu, Ina Naim’ Perubahan Mendadak Ina Naim Yang Mengeejutkan

Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“LAGIPUN HUKvM BERPURDAH ITU SUNAT DAN APABILA SUAMI MEMINTA SAYA UNTUK BERUBAH IMEJ, SAYA AKUR. KIRANYA SAYA LAKUKAN INI SEMUA KERANA ALLAH DAN SUAMI,” KATANYA KEPADA MSTAR ONLINE KETIKA DIHUBUNGI PADA RABU. TAMBAH INA, KEPUTUSANNYA UNTUK BERPURDAH JUGA BAGI MENGELAK DARIPADA DIFITN4H INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

“BUAT MASA INI SAYA HANYA MENJAGA ANAK-ANAK DAN MENGURUSKAN SUAMI. MAKLUMLAH MEREKA MASIH KECIL, MAKA PERLU DIBERI PERHATIAN LEBIH “BAGAIMANAPUN AGAK MENGEJUTKAN JUGA KERANA SAYA MASIH MENERIMA UNDANGAN MEMBUAT PERSEMBAHAN. WALAUPUN TIDAK SEAKTIF DAHULU, SEKALI SEKALA ADA YANG MEMANGGIL,” TUTURNYA.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

“INSYA-ALLAH JIKA TIADA ARAL, SAYA AKAN MUNCUL DENGAN LAGU-LAGU BERUNSUR DAKWAH. TAK TAHU BILA, TETAPI BIARLAH ANAK-ANAK BESAR SIKIT,” KATANYA. INA PERNAH MERAKAMKAN SEBUAH ALBUM MINI TIDAK LAMA DAHULU YANG TURUT MEMUATKAN LAGU REBAH, KISAH MENGENAI KEHANCURAN CINTANYA DENGAN MAWI. INA DAN SUHAIMI DIIJABKABULKAN SEBAGAI PASANGAN SUAMI-ISTERI PADA 12 OGOS 2007.

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.

Sumber : Thedaunmedia

Suhaimi, Ina Naim berhijrah ke Kelantan

LAMA tidak mendengar khabar berita bekas ahli kumpulan nasyid popular In-Team, Suhaimi Saad, rupa-rupanya sudah setahun berhijrah bersama keluarga dan menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Suhaimi,38, berkata, dia dan isteri, Ina Naim atau sebenarnya Nordiana Md Naim, 34, mengambil keputusan untuk berpindah dan tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak setahun lalu.

Katanya, keputusan dibuat selepas perbincangan dengan Ina yang bersetuju berpindah kerana tuntutan kerjaya dan juga berada lebih dekat dengan dua putera mereka, Ehmad Hadie El Fardie, 10 dan Sallman El Khoyri,8, yang kini sedang menuntut di sebuah pusat tahfiz di Bachok, Kelantan.

“SEGALA-GALANYA BERMULA APABILA SAYA KERAP MENDAPAT UNDANGAN DARIPADA KELANTAN DAN TERENGGANU. KAMI SERING BERULANG ALIK DARI KUALA LUMPUR KE DUA NEGERI ITU UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN, DARI SITU TIMBUL IDEAL PINDAH KE KELANTAN.

“KEBETULAN JUGA, DUA ANAK MEMANG SEDANG BELAJAR DI BACHOK, JADI MASA SAYA SUARAKAN HASRAT UNTUK PINDAH TINGGAL DI KELANTAN, INA TERUS SETUJU ATAS SEBAB DUA DARIPADA EMPAT ANAK KAMI ITU BERADA DI SINI,” KATANYA YANG BERKUNJUNG KE PEJABAT SINAR HARIAN, KELANTAN, SEMALAM.

Kata Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad yang sudah 10 tahun bergerak secara solo daripada kumpulan In-Team itu, rezeki selepas hijrah semakin melimpah apabila berterusan mendapat undangan dan jemputan mengadakan persembahan di serata negeri Kelantan dan Terengganu.

Dalam tempoh itu, penyanyi berusia 35 tahun ini sudah menghasilkan empat album solo iaitu Kias Cinta (2006), Kalamak (2008), Zikir Selawat dan Doa (2013) serta Maksud Hidup (2015). Terbaru Suhaimi bakal mengadakan Konsert Reuniteam 2018 anjuran Karya Mosus pertama kali pada 14 September nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Dato.Siti.Dato.K

Sumber  : nnew.fun via islamik info