“Mona Allen Tak Merancang,” Tak Sabar Menanti Kelahiran Cahaya Mata

Pelakon Mona Allen akui dia dan suami, Pekin Ibrahim masih menanti kehadiran cahaya mata selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga.

Menurut Mona, dia masih bersabar untuk menanti saat tersebut dan hanya berserah kepada rezeki.

“Terus-terang kami memang mahukan cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga kami tapi mungkin belum ada rezeki.

“Saya tidak merancang dan berserah kepada Tuhan bila masanya itu nanti.

“Ramai juga yang bertanya, namun saya jawab sahaja dengan baik kami belum ada rezeki,” katanya.

Mona ditemui selepas All Stars Buka Panggung minggu kelima malam tadi. Dalam program tersebut Mona tewas dan menobatkan Noorkhiriah sebagai juara. Mengulas mengenai karier seninya selepas berkahwin, Mona akui lebih utamakan keluarga.

“Selepas berkahwin saya banyak kurangkan aktiviti lakonan saya demi meluangkan banyak masa dengan suami.

“Malah jika saya ditakdirkan hamil nanti, sudah tentu saya akan beri tumpuan pada kandungan dan anak kelak.

“Keluarga adalah keutamaan saya,” katanya lagi.

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 1 Disember lalu dalam sebuah majlis tertutup tanpa pengetahuan media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page KL Menjerit Press

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL Menjerit Press tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL Menjerit Press juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.