“Nak Pindah Rumah, Beli Kereta, Tukar Kerja” Mira Filzah Kongsi Kepentingan Istikharah

Pelakon popular, Mira Filzah berkongsi tentang kepentingan solat istikharah sebelum membuat pelbagai keputusan dalam kehidupan.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

Menurut Mira, dia telah menonton sebuah video mengenai kepentingan istikharah yang disampaikan oleh penceramah Ustaz Adnin Roslan lalu membuatkan dia mahu berkongsi perkara itu bersama pengikutnya di IG.

“Istikharahlah dalam setiap keputusan, be it nak pindah rumah, beli kereta, tukar kerja, dapat projek baru, kerana istikharah ini adalah tanda kita menyerahkan segalanya, setiap langkah, setiap nafas kepada Allah SWT.

“Dan orang yang berada dalam pengawasan Allah, jagaan Allah, Insya-Allah hidup akan sentiasa bahagia walau besar manapun ujian melanda.

“I’ve just watched this video and feel like sharing this with you guys, @ustazadnin ada juga share adab beristikharah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas perkongsian itu dan turut bersetuju tentang pelbagai kebaikan istikharah.

Dalam perkembangan lain, Mira kini membintangi sebuah filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) iaitu Sangkar.

Selain Mira, filem tersebut turut dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem hebat ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Dato.Siti.Dato.K

Sumber:Instagram Mira Filzah