Peminat Kagum Suami Betty Rahmad Cukur Rambut Anak

Peminat puji kecekapan suami Betty Rahmad iaitu Ardy Damis mencukur rambut bayinya yang baru  berusia sebulan.

Video yang menunjukkan Betty sedang memegang bayiny, Ardy Wira sementara suaminya sedang mencukur mendapat perhatian pengikutnya di laman Instagram (IG).

Rata-rata kagum dengan kehandalan Damis mencukur rambut anaknya sehingga bayi tersebut lena tertidur.

“First haircut by my daddy. Jangan gelakkan saya please,” tulis Betty.

Video tersebut menerima 255,333 tontonan serta 375 komen daripada pengikut IGnya.

Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu dengan berat 3.26 kilogram. Betty dan Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari tahun lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KL MENJERIT

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*