Penerima Bayaran Akhir BRIM,2017 Hari ini August 16, 2017

Penerima Bayaran Akhir BRIM,2017 Hari iniAugust 16, 2017

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ketiga, yang juga terakhir bagi tahun ini, akan dibuat bermula Hari ini.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan menjelaskan bayaran itu dibuat sempena Aidiladha, yang dijangka jatuh pada 1 September ini.

“Kerajaan bersetuju supaya pembayaran peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017 dibuat mulai 16 Ogos 2017 (Rabu).

“Bagi mereka yang lulus pada peringkat rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 29 Ogos ini.

“Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran,” katanya.

Kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha.

“Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepadabr1m@treasury.gov.my,” katanya.

Tags : #BERNAMA #BHONLINE #BRIM #sinarharian