“Siti Nordiana Tak Layak Menang, Alif Satar Lagi Best” Netizen

Meskipun ABPBH 32 sudah pun berlalu, namun ramai memperkatakannya dek kerana banyak keputusan yang agak mengejutkan. Malah, ramai tidak berpuas hati apabila Siti Nordiana dinobatkan sebagai Pengacara TV Popular dan membandingkan dengan selebriti serba boleh Alif Satar. 

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata dia sendiri tidak menjangkakan kemanangan tersebut dan mengakui rasa kedil dengan bakat mengacara yang dimilikinya jika hendak dibandingkan dengan Alif Satar.

“Sebenarnya, saya tidak menjangka akan memenangi kategori pengacara popular ini. Kalau dibandingkan dengan pengacara-pengacara lain saya mengaku saya terasa kerdil.

“Saya antara yang paling kurang dapat job mengacara dalam mana-mana program sekalipun. Saya anggap peminat suka saya jadi pengacara.

“Jadi, ini adalah peluang untuk saya perbaiki mutu pengacaraan saya. Populariti ini tiada kena mengena dengan gosip cinta seperti yang diperkatakan ramai,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, rata-rata netizen mempertikai kemenangan tersebut serta tertanya-tanya rancangan apakah yang dihoskan oleh Siti Nordiana. Malah ada yang mengatakan Alif Satar yang lebih layak menerima anugerah tersebut.

Apa pun sudah tertulis ianya rezeki buat Siti Nordiana dan siapa kita untuk mempersoalkannya. Diharap dengan kemenangan tersebut dapat dijadikan inspirasi buat Siti Nordiana untuk lebih maju dalam dunia pengacaraan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @DatoSitiDatoK

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak DatoSitiDatoK tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DatoSitiDatoK juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.