Terlalu Menjiwai Watak Sampai Patah Kerusi Dibuatnya.Netizen Terhibur Melihat Video Sherry Alhadad

Nama pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad ini sering muncul di kaca TV di ruamah anda. Bakatnya dalam bidang pengacaraan tidak perlu disangkal lagi. Rata-rata ramai yang memuji Sherry kehebatannya di pentas acara.

Selain daripada itu, Sherry juga mempunyai program sendiri iaitu The Sherry Show di TV3. Rancangan Muzik Muzik dan Drop The Be4t juga turut mengangkat nama Sherry dalam bidang pengacaraan TV. Kesibukannya dalam bidang pengacaraan membuatkan Sherry kini jarang berlakon.

Untuk pengetahuan Sherry datang daripada keluarga seni. Anak-anak saudaranya yang lebih berusia daripadanya terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu Sharifah Haslinda dan juga pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Seorang lagi anak saudaranya, Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.

Menerusi akaun Instagram, Sherry berkongsi satu babak lakonannya dalam sebuah drama. Dalam video itu Sherry sedang berjoget dengan memakai baju kelawar sambil memegang bulu ayam. Apa yang kelakarnya, ketika Sherry berjoget atas kerusi di ruang tamu rumah itu, tiba-tiba kerusi itu patah.

Alahai Sherry, tak tahu nak kesian ke nak gelak. Tapi memang serius comel. Mujurlah ada Sharifah Sakinah yang backup Sherry, tak bagi orang  gelak. Seorang kawan dan anak saudara yang sangat baik hati, susah nak cari.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN:

Selamat Sherry tak ada apa-apa kan. Tapi nak puji Sherry memang sporting sangat, siap boleh muatnaik lagi video dia pat4hkan kerusi macam ni. Terbaik lah Sherry.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Dato.Siti.Dato.K

Sumber:Instagram Sherry Alhadad