Tunang Selalu Tegur Pasal Solat, Tak Merokok Buat Eyra Hazali Jatuh Hati

Sikap t3gas yang terdapat pada tunangnya membuatkan pelakon, Eyra Hazali semakin jatuh hati dan selesa dengan lelaki itu untuk dijadikan bakal suami.

Menerusi satu posting di laman Instagram mStar Online, Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali memberitahu beberapa sebab mengapa dia menyenangi sikap tunangnya, Muhammad Haziq Nazli.

Menurut Eyra, penjaga gol skuad bola sepak bawah 23 tahun negara itu bersikap tegas dan sering memberi menegur sekiranya pelakon itu melakukan kesilapan.

“So kalau macam Eyra tak solat ke, dia tak marah tapi dia tegas.

“Kalau ada kesilapan dia akan tegur, tapi bukan jenis marah atau tengking dan tak pernah tinggi suara,” katanya.

Selain itu, tidak gemar melepak dan merokok juga merupakan antara sebab pelakon drama Mr. Grey itu memilih Haziq menjadi bakal teman hidupnya.

Selepas setahun menjalin hubungan cinta, berusia 20 tahun itu mengakui bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini setelah mengikat tali pertunangan pada 1 Disember lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : mStar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di KLMENJERIT.GA

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*