Woww! 10 Gaun Pengantin Selebrity Ala Princess Yang Anda Boleh Tiru

Gaun perkahwinan selebriti sentiasa menjadi bualan ramai. Apabila kad undangan perkahwinan mula diedarkan, antara pertanyaan yang biasa diajukan media dan peminat adalah siapa pereka busana pengantin?

Ada antara selebriti mendapat tajaan pereka fesyen terkenal tanah air dan tidak kurang juga sanggup berhabis demi memperagakan baju yang diimpikan.

Berikut adalah 10 pakaian pengantin tercantik yang pernah digayakan selebriti popular tempatan pada hari persandingan mereka.

Anzalna Nasir (Cosry)

Majlis perkahwinan pelakon cantik, Anzalna Nasir dengan suaminya, Hanif Zaki, pada 27 Februari lalu bukan sahaja menjadi tumpuan kerana kemeriahan majlis yang bertemakan Royal British – Fairytale, bahkan gaun pengantin yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa yang disarung Anzalna turut mendapat perhatian dan menjadi viral di laman sosial.

Biarpun majlis perkahwinannya telah berlalu, kecantikan gaun heroin drama popular Memori Cinta Suraya itu masih menjadi perbualan hangat peminat dan masyarakat di negara ini. Gaun itu turut viral sehingga ke laman sosial dan sesawang luar negara.

 

Kemunculan Anzalna dengan menyarungkan gaun kembang yang direka khas menyerupai salah satu watak patung Barbie Mariposa memukau mata jemputan yang hadir, malah semuanya bagai terpaku dengan keindahan gaun berkenaan yang sangat cantik biarpun pelakon itu hanya mengenakan veil ringkas tanpa sarat hiasan.

Berbeza dengan gaun lain yang lebih tertumpu kepada satu rona, rekaan eksklusif ini meggabungkan beberapa warna pastel, sekali gus menampakkan si pemakai persis karakter pari-pari.

Gaun hebat ini dibuat daripada sutera yang diwarnakan menggunakan tangan dan ditaburi Swarovski.

Putra dan pasukannya mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan gaun yang menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna off white dan dusty pink, serta taburan batu permata swarozski serta beberapa jenis batuan lain.

 

Walaupun hampir setahun mendirikan rumah tangga, gaun pengantin yang digayakan Anzalna Nasir masih menjadi bualan ramai.

Gaun rekaaan Cosry itu meninggalkan impak besar hingga ramai menjadikannya sebagai penanda aras dalam seni rekaan busana perkahwinan tahun ini.

Jihan Muse (Rizman Ruzaini)

Pengacara dan pelakon Jihan Muse yang mengakhiri zaman bujangnya dengan pelakon Ungku Hariz pada Mac lalu menggayakan gaun rekaan Rizman Ruzaini.

Meskipun tampak ringkas, ada beberapa keistimewa dan perincian yang dititiberatkan perekanya.

Ramai mengakui Jihan kelihatan cukup anggun apabila menyarungkan gaun itu. Bahkan, dia tidak ubah seperti puteri dalam cerita dongeng kanak-kanak.

Lebih menarik, Jihan tiba di lokasi resepsi dengan menaiki kereta kuda dan ia sesuai dengan rekaan gaun serta tema majlis itu.

Marsha Milan (Rizalman)

Majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon Marsha Milan dengan Mohamed Shaiful Nizam berlangsung penuh meriah, lebih-lebih lagi apabila si Ratu Sehari mengenakan gaun rekaan Rizalman.

Nampak ringkas dengan rona putih, gaun itu turut menyelitkan beberapa perincian di bahagian lengan dan bahu.

Ramai yang memberikan reaksi positif terhadap gaun yang tersarung di tubuh Marsha ketika majlis resepsinya yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, awal Januari lalu.

Nabila Huda (Alia Bastamam)

Pelakon, Nabila Huda tampil memikat dalam busana rekaan Alia Bustamam yang berkonsepkan potongan peplum. Mengekalkan rona putih yang melambangkan kesucian, busana menggunakan kain renda itu mencuri tumpuan tetamu.

Majlis perkahwinan yang berlangsung dalam suasana sederhana itu dihadiri keluarga dan kenalan rapat pasangan mempelai.

Stacy Anam (Raffiey Nasir)

Gaun biru yang dipakai Stacy Anam pada majlis resepsinya mendapat pujian peminat dan pengkritif dunia fesyen. Keberanian Raffiey Nasir wajar dipuji apabila menghasilkan rekaan luar daripada kebiasaan. Khabarnya, tempoh penghasilan perincian gaun itu sahaja memakan masa seminggu tidak termasuk proses asas.

Tentunya, gaun itu menjadi memori indah buat Stacy dan suaminya, Akim Ahmad.

Bella Dally (Rizman Ruzaini)

Apabila elemen tradisional dan moden bersatu, maka terhasillah busana indah buat si cantik manis Bella Dally.

Busana pengantin rekaan Rizman Ruzaini yang mengetengahkan potongan duyung itu menggunakan material songket rona merah hati, secocok dengan tubuh Bella yang tinggi lampai.

Amyra Rosli (Rizman Ruzaini)

Gaun pengantin yang dipakai Amyra Rosli antara yang menerima pujian banyak pihak. Bukan sahaja rekaannya sangat menarik, gaun ilham Rizman Ruzaini itu juga turut menjadi bualan kerana dihasilkan daripada renda Perancis dan ditaburi Swarovski.

Sesuai dengan tubuh Amyra, gaun mewah itu nampak terletak, sekali gus membuatkan mata tetamu tidak berkelip saat dia melangkah masuk ke dalam dewan.

Datuk Siti Nurhaliza (Michael Ong)

Gaun rona krim dan merah jambu yang dipakai Datuk Siti Nurhaliza pada acara memotong kek pada majlis resepsinya benar-benar membuatkan penyanyi nombor satu negara itu persis puteri kayangan.

Gaun rekaan Michael Ong yang disarungkan isteri Datuk Seri Khalid Jiwa ini mencuri perhatian ramai, malah peminat tidak putus-putus memujinya.

Scha Alyahya (Rizman Ruzaini)

Pasangan sama cantik sama padan, Scha Alhyahya dan Awal Ashaari memukau tetamu yang menghadiri majlis resepsi mereka apabila menggayakan busana songket tenun rona hijau zamrud.

Persalinan songket tajaan Atikah’s itu mendapat sentuhan kreatif Rizmah Ruzaini. Ia sekali gus mencetus trend baru apabila menggunakan warna terang dalam rekaan busana pengantin dan menjadi ikutan ramai.

Fouziah Gous (Cosry)

Baju pengantin yang digayakan Fouziah Gous ini antara yang disebut-sebut orang ramai. Mendapat sentuhan Cosry, baju ini menjadikan Fouziah kelihatan bak puteri.

Tidak dapat disangkal lagi kehebatan Cosry menghasilkan rekaan lain daripada yang lain, sekali gus menyajikan idea segar dan di luar kotak.

 

sumber : hmetro.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*